
|
|
SelamatTahunBaru,Sayang.
Wednesday, 31 December 2014 | 11:50 pm | 0 comments
Suku jam lagi untuk ke tahun baru.
Lepas kerja. Terus Nico shoot ke rumah Arsh untuk melepak dan meng-wasted masa berdua.
Slidingdoor situtup rapat.
Ritual macam biasa.
Akhirnya Nico dgn Arsh terbang tinggi gapai awan.
Saat itu Nico benar-benar merindui
saat-saat manis dengan kekasihnya.
Takpa. Nico sabar selagi boleh.
Selamat Tahun Baru Sayang,
Moga-moga benang yang terjaling itu kain menyorak warna tanpa putus jemu.
Moga juga kamu rasa cinta itu datang tanpa sedih.
Kerna cinta-cinta itu tidak akan hilang pada hati seseorang yang benar-benar ikhlas dan jujur setia.
Sebab itu cinta tidak bodoh.
Sebab manusia bodoh.
ManisBerbicara.
Monday, 29 December 2014 | 4:32 pm | 0 comments
sabar.
nanti kita berlepas ke atmosphere sama sama.
simpan dulu dalam poket jeans hitam pendek tu dulu.
nanti kita berlepas ke puncak berdua.
*pause*
Kini aku sendiri yang berlepas ke atmosphere.
Tiada lagi ungkapan indah manis berbicara.
Tiada lagi teman sepermainan aku
diatas sana.
Tiada lagi yang mahu mendengar
kisah-kisah lawak hambar.
Tiada lagi irama dan music yang terlalu mengkhayalkan.
Biar sayang dan cinta kita terukir atas atmosphere sana.
itu saksi cinta kita bersama kini dan selamanya.
Xoxo
Thursday, 30 October 2014 | 12:41 am | 0 comments
pertemuan yang kian lama pendamkan
mula berbunga.
saat-saat luangkan masa bermasa
sangat bermakna.
terima kasih.
nanti kita jumpa lagi ya sayang?
xoxo
Pendam. Rindu.
Sunday, 19 October 2014 | 9:57 pm | 0 comments
kalau pendam rindu ni sejenis penyakit
mungkin ramai yang dah mati.
salah satunya Nico. mesti dah arwah lama.
bulan depan Nico mulakan hidup baru di belah selatan.
Nasib Nico ada kawan yang boleh
'wasted' kan masa bersama bila dapat cuti.
moga-moga Nico boleh jaga diri.
jangan ter'wasted'kan sangat.
Harap-harap ok
Monday, 13 October 2014 | 11:27 pm | 0 comments
kita bertengkar soal yang remeh sahaja
kita bertelagah soal yang mudah sahaja
tentang lambat membalas sms
tentang tidak kata i love you di hujung panggilan
tentang cara bercakap dah tak macam selalu
kita mula ungkit siapa yang lebih banyak berkorban
siapa yang lebih cinta siapa
siapa yang sudah mula berubah
tiada apa-apa
kita sebenarnya ok-ok sahaja
cuma kita rindu sesama kita
takpa, nanti kita jumpa.
-Fazleena Hishamuddin_SeksiOvari
PertarunganHambar
Saturday, 4 October 2014 | 6:43 pm | 0 comments
kembalinya Nico disisi nya.
mula rasa tercabar sikit demi sikit.
Nico mula rasa dirinya dalam pertarungan.
Paling dibenci oleh semua perempuan dimuka bumi ini.
Semakin jauh perjalanannya.
semakin rumit keadaan.
mungkin sebab jauh?
masing-masing kepercayaan taraf suam-suam suku.
tapi Nico tak akan buat sekejamnya.
Nico mula berfikir sejenak walaupun sakitnya
masih menyucuk-nyucuk.
Bekas kekasihnya mungkin telah lalui
apa yang Nico lalui sekarang.
sebab itu hidupnya dikongkong rapat sendat mampat.
kalau itu sebabnya.
kenapa?
"Sayang, awak milik saya"
Nico catatkan pada diari.
"Sayang, saya takut awak curang. sebelum awak
curang. tolong lepaskan saya dahulu.
jangan buang masa saya cintakan awak"
"Jangan bazirkan airmata saya untuk awak
kalau awak dengan perempuan lain"
"Jangan bagi hati saya sakit lagi sebab awak
yang tak reti jaga saya. selalu abaikan saya"
"Jangan sampai aku matikan perasaan ini semula"
Ha ha ha
Sunday, 28 September 2014 | 11:25 pm | 0 comments
rindu sebenarnya dengan diri
yang lama.
cuma tak rindu dengan situasi
yang lama.
benda yang lama usah dikenang.
ha ha ha
|