
|
|
SemSatu.
Monday, 2 November 2015 | 10:25 pm | 0 comments
kembalinya menjadi student di kolej.
kawan baru. even dapat sambung dekat kolej lama.
but still enviroment baru. banyak perubahan.
dah rasa macam aku student baru dekat situ.
"selamat kembali ke sekolah"
baru sem satu, ada lagi enam nak kena hadap
lepas ni.
takpa, belajar selagi boleh.
ilmu tak pernah lekang.
ilmu tak pernah habis.
banyak lagi aku kena belajar tentang kos yang
ambil ni.
kena belajar lagi dari sifu-sifu.
fuhhhhh. back to student lah brader!
duit kena jimattttttttttttt
SatuPerSatu.
Monday, 10 August 2015 | 9:36 pm | 0 comments
"kau hadir dalam hidup aku
cuba membantu jahit semula bekas-bekas luka
yang ditorehkan sehingga hancur.
satu demi satu kau cuba pulihkan dengan
kasih dan sayang
satu demi satu kau cuba jahit dengan
penuh langkah berjaga-jaga
satu demi satu kau cuba lapkan air mata dengan
memberi kata-kata semangat.
kau juga tidak pernah bosan dengan
hati yang sudah hancur dek tertoreh seteruknya.
hari demi hari makin aku jatuh cinta dengan
kasih sayang yang kau curahkan.
hari demi hari sayang aku makin kuat.
dan takut kau pergi meninggalkan aku.
aku terpaksa ambil keputusan untuk
berterus terang.
berterus terang apa isi hati aku terhadap kau.
tidak sanggup aku pendam perasaan ini lama-lama
takut-takut nanti aku terlepas peluang.
dalam diam, kau juga mempunyai rasa sayang
dan cinta terhadap aku.
cuma takut nak luahkan jikalau aku tolak cinta kau.
dalam hati aku, ketawa kecil bila memirkannya"
--
Buku nota ditutup rapat.
mula memandang langit yang suram di balkoni rumahnya,
seperti suramnya hati Nico pada malam ni.
ditatap semula gambar-gambar bersama Nikky.
dibaca semula chat-chat gurau senda bersama Nikky
yang mencuit hati kecil si Nico.
jauh di sudut hati Nico,
Nico benar-benar merindui Nikky.
cuma hanya sujud dan doa sahaja yang Nico luahkan
perasaan ini kepada yang Esa.
--
sekarang Nico tidak lagi mengambil sebarang
barang yang boleh buat pergi jauh kedalam
fantasinya.
cukup.
sudah puas Nico mamah benda-benda
itu semua.
kawal selagi yang boleh.
moga-moga tidak kecundang dek ajakan kawan-kawan
untuk bersetan sesama *ketawa kecil*
Sederhana.
Wednesday, 10 June 2015 | 11:45 pm | 0 comments
Selamat hari lahir.
Nico.
Mudah mudahan capai apa yang dikecapi
selama ini.
.
MariBerkisah.
Tuesday, 12 May 2015 | 11:05 pm | 0 comments
Mari.
izinkan aku coretkan kisah hidupmu
dengan penuh warna.
moga-moga kau merasa manisnya saja.
Mari.
izinkan aku lakarkan potret kisah
kita berdua dengan penuh gelak tawa.
moga-moga kau merasa bahagianya saja.
Mari.
izinkan aku membuat kau tersenyum
seorang diri bila aku usik mengusik dalam
chat.
moga-moga kau merasa tidak bosan dengan karenah aku.
Izinkan aku berdoa dalam setiap sujudku
agar kau dan aku bersama.
Insha Allah ..
PetakUnzur.
Friday, 20 March 2015 | 12:05 pm | 0 comments
Bayang igauan masih segar
dalam ingatan Nico.
Perlukan satu masa untuk
buang segala memori dalam ruang
petak yang penuh dengan
bermacam kisah.
Supaya petak Nico jadi
baru.
fresh.
selesa.
lengkap dengan lampu-lampu
kesayangan Nico.
Lampu yang digantung itu rosak
berbulan-bulan tidak diganti dengan
yang baru.
penat lelah Nico cari rezeki
ingin menghiasi semula petak.
Petak unzur.
Petak kian suram.
Petak makin kelam.
Sabar wahai hati,
pelan-pelan kita berubah
tanpa igauan yang sering terlintas
difikiran.
Aku tinggalkan sedikit kenangan
antara kita moga aku tahu
pengajaran yang kau berikan
pada aku.
akan aku berhati-hati dengan lelaki
seperti kamu.
Sa.Ars.Be.Ai.Er.Mo.
Friday, 13 March 2015 | 10:44 pm | 0 comments
banyak betul memori.
semua haruk-haruk belaka.
bila lagi kita akan kumpul ramai-ramai?
kumpul tanpa rasa risau.
cuma seronok dapat jumpa bersama.
malam skate.
balik. mandi. tidur.
bangun pagi.
cuci muka gosok gigi.
siap-siap (tanpa mandi)
ambil kunci kereta.
mandi sungai.
petang skate.
bangun pagi.
sarapan.
siap-siap (mandi bla bla)
ambil kunci kereta.
tengok wayang.
makan.
makan.
gelak.
makan.
gelak.
gelak.
petang skate.
malam balik mandi.
mandi-mandi.
keluar.
skate.
after midnight lepak.
hu ha
hu ha
balik mandi tidur.
esok pagi bangun.
sarapan.
siap-siap.
skate.
selfie jangan cakap.
berjuta.
sumpah. rindu.
kenapa kena berpecah belah sampai
macam ni?
tinggal 1 2 ekor yang masih boleh pakai.
tak macam gampang.
tolong perangai gampang tu
buang jauh-jauh.
tolong perangai batu api segala api ego.
campak jauh-jauh.
cuma. tolong.
aku rindu.
aku rindu semua.
demi Allah.
BilikNico
Sunday, 8 March 2015 | 11:46 pm | 0 comments
Petak.
Kain rentang.
Lampu Tidur.
Katil.
Bantal.
Segala semua penat Nico
hilang.
bagai tiada penat lansung.
Terasa 4 bulan itu
hilang.
Seronok betul hati kecil Nico.
Sungguh. Nico rindu Petak.
Perjalanan kian berjalan
Makan tiap detik masa berdetak.
Seperti jantung berdegup.
Terima kasih atas persinggahan yang sementara.
Untuk setiap perkara akan diingati selagi nyawa dikandung badan.
Jangan risau, ada rezeki kita jumpa.
|