
|
|
Lantak
Monday, 28 April 2014 | 10:58 pm | 0 comments
tak mudah untuk simpan perasaan
yang terpendam ni lama-lama.
perit betul rasanya.
bukan senang nak sembunyikan perasaan
sayang tu.
masam-masam manis rasanya.
bila mana kau kena tabahkan hati kau
untuk kau hadap realiti yang dia sudah
berpunya itu.
haih.
susah sebenarnya.
tapi, lantak lah.
"cinta saja jiwa kita" -fynnjamal
N
Tuesday, 15 April 2014 | 10:55 pm | 0 comments
kan bagus kalau kau berterus-terang dengan aku.
harapan tinggi segunug mula aku kurangkan.
untuk jaga hati aku yang berparut-paut ni.
ntah kali keberapa ribu
ditikam.
dirobek.
dihiris.
dikoyak.
dilunyai.
dipijak.
cukup dengam sekadar kawan dahulu.
nanti aku akan rasa manisnya kelak.
itu pun kalau manis.
kalau tak, mungkin aku tak dapat
bezakan mana sakit dan bahagia.
sebab hati aku dah mati.
SiRakusMati
Monday, 14 April 2014 | 7:13 pm | 0 comments
tahniah sebab tak terkata.
tahniah sebab buat tak endah.
tahniah sebab tak pedulikan aku.
aku kembali seperti sediakala.
aku bahagia.
cuma. kali ini cukup.
biar aku bawak diri aku sorang-sorang.
aku penat mencari.
aku penat mencintai.
aku penat meyayangi.
akhirnya.
si rakus itu mula dimatikan wataknya.
HariMinggu
Thursday, 6 March 2014 | 9:43 pm | 0 comments
hari minggu diganggu dengan aktiviti kolej.
hari minggu sudah sempurna bilamana berjumpa
dengan kawan-kawan.
hari minggu sangat sempurna bilamana
tiap malam terbang tinggi.
"Cikadaut sampai Jamaica"
SiNico
Wednesday, 26 February 2014 | 12:36 am | 0 comments
Nico duduk di atas kerusi malas yang beralaskan selendang merah hitam
di beranda apartmen luar rumah.
dilunjurkan kaki. dan disilangkan. selesa.
sambil ditangan Nico ada sebatang rokok melboro menthol.
Nico cucuh dengan lighter merah yang baru dibeli di kedai Uncle Tong tengah hari tadi.
Nico mula melakukan aksi-aksi sedut menyedut dengan penuh feeling.
Nico pandang lihat langit. tiada bintang. tiada bulan.
Nico gapai phone samsung model samsung ace plus di atas meja.
Nico senyum dengan penuh sinis. satu nofication pun tak muncul.
Nico capai lagi sebatang rokok.
Ritual menyucuh macam biasa.
Nico mula berfikir sambil lihat langit yang kosong.
"aku patut belajaq daripada kesalahan yang dulu"
--
KauPernahRasa?
Monday, 24 February 2014 | 11:30 pm | 0 comments
kau pernah rasa bila tak jadi
diri sendiri tu macam mana?
macam gampang pun ada. kan?
kau pernah rasa bila orang yang kita
sayang tu tiba jadi lain.
ada?
kau pernah rasa kena pijak bertalu-talu
tanpa henti.
sakit tak rasa?
kau pernah kena bidas dengan mulut-mulut
neraka berdas-das?
rasa macam nak bunuh mulut tu. kan?
kau pernah rasa apa erti kehilangan?
kau rasa kosong. macam loser. kan?
kau pernah rasa macam mana putus cinta?
sakit bagai nak rak. betul?
kau pernah rasa mak bapak kau pinggirkan kau?
pernah?
kau pernah rasa tak macam mana lecture kau
cakap harini kelas dibatalkan?
heaven betul rasa. kan?
dan
kau pernah rasa dirakuskan?
macam kanibal makan hati kau? dah cukup sakitkan hati kau. dan kanibal tu terus blah. tinggal kau macam org gila.
pernah?
*senyum sinis*
Apple Mint.
Saturday, 22 February 2014 | 1:22 am | 0 comments
malam itu.
langit penuh dengan bintang. lawa.
bulan terang. cantik.
awan. segak.
duduk atas kerusi separa baring.
sambil asap berkepul-kepul keluar dari mulut.
aku menikmati setiap sedutan yang aku tarik.
pelan-pelan aku hembus sambil lihat langit.
ahhhh , nikmat sungguh rasa.
apa yang nikmat iaitu kerusi. separa baring.
pandai-pandai korang andaikan.
tiba otak aku ligat beraksi bila aku dongak lihat bintang,bulan
dan awan.
aku kuat berimaginasi.
sungguh.
sibuk otak aku berligat.
aku senyum lihat langit. tak lah macam orang gila senyum tanpa sebab.
dan aku rasa ada orang yang memerhati.
|