|
SatuPerSatu.
Monday, 10 August 2015 | 9:36 pm | 0 comments
"kau hadir dalam hidup aku
cuba membantu jahit semula bekas-bekas luka
yang ditorehkan sehingga hancur.
satu demi satu kau cuba pulihkan dengan
kasih dan sayang
satu demi satu kau cuba jahit dengan
penuh langkah berjaga-jaga
satu demi satu kau cuba lapkan air mata dengan
memberi kata-kata semangat.
kau juga tidak pernah bosan dengan
hati yang sudah hancur dek tertoreh seteruknya.
hari demi hari makin aku jatuh cinta dengan
kasih sayang yang kau curahkan.
hari demi hari sayang aku makin kuat.
dan takut kau pergi meninggalkan aku.
aku terpaksa ambil keputusan untuk
berterus terang.
berterus terang apa isi hati aku terhadap kau.
tidak sanggup aku pendam perasaan ini lama-lama
takut-takut nanti aku terlepas peluang.
dalam diam, kau juga mempunyai rasa sayang
dan cinta terhadap aku.
cuma takut nak luahkan jikalau aku tolak cinta kau.
dalam hati aku, ketawa kecil bila memirkannya"
--
Buku nota ditutup rapat.
mula memandang langit yang suram di balkoni rumahnya,
seperti suramnya hati Nico pada malam ni.
ditatap semula gambar-gambar bersama Nikky.
dibaca semula chat-chat gurau senda bersama Nikky
yang mencuit hati kecil si Nico.
jauh di sudut hati Nico,
Nico benar-benar merindui Nikky.
cuma hanya sujud dan doa sahaja yang Nico luahkan
perasaan ini kepada yang Esa.
--
sekarang Nico tidak lagi mengambil sebarang
barang yang boleh buat pergi jauh kedalam
fantasinya.
cukup.
sudah puas Nico mamah benda-benda
itu semua.
kawal selagi yang boleh.
moga-moga tidak kecundang dek ajakan kawan-kawan
untuk bersetan sesama *ketawa kecil*
|