|
Xoxo
Thursday, 30 October 2014 | 12:41 am | 0 comments
pertemuan yang kian lama pendamkan
mula berbunga.
saat-saat luangkan masa bermasa
sangat bermakna.
terima kasih.
nanti kita jumpa lagi ya sayang?
xoxo
Pendam. Rindu.
Sunday, 19 October 2014 | 9:57 pm | 0 comments
kalau pendam rindu ni sejenis penyakit
mungkin ramai yang dah mati.
salah satunya Nico. mesti dah arwah lama.
bulan depan Nico mulakan hidup baru di belah selatan.
Nasib Nico ada kawan yang boleh
'wasted' kan masa bersama bila dapat cuti.
moga-moga Nico boleh jaga diri.
jangan ter'wasted'kan sangat.
Harap-harap ok
Monday, 13 October 2014 | 11:27 pm | 0 comments
kita bertengkar soal yang remeh sahaja
kita bertelagah soal yang mudah sahaja
tentang lambat membalas sms
tentang tidak kata i love you di hujung panggilan
tentang cara bercakap dah tak macam selalu
kita mula ungkit siapa yang lebih banyak berkorban
siapa yang lebih cinta siapa
siapa yang sudah mula berubah
tiada apa-apa
kita sebenarnya ok-ok sahaja
cuma kita rindu sesama kita
takpa, nanti kita jumpa.
-Fazleena Hishamuddin_SeksiOvari
PertarunganHambar
Saturday, 4 October 2014 | 6:43 pm | 0 comments
kembalinya Nico disisi nya.
mula rasa tercabar sikit demi sikit.
Nico mula rasa dirinya dalam pertarungan.
Paling dibenci oleh semua perempuan dimuka bumi ini.
Semakin jauh perjalanannya.
semakin rumit keadaan.
mungkin sebab jauh?
masing-masing kepercayaan taraf suam-suam suku.
tapi Nico tak akan buat sekejamnya.
Nico mula berfikir sejenak walaupun sakitnya
masih menyucuk-nyucuk.
Bekas kekasihnya mungkin telah lalui
apa yang Nico lalui sekarang.
sebab itu hidupnya dikongkong rapat sendat mampat.
kalau itu sebabnya.
kenapa?
"Sayang, awak milik saya"
Nico catatkan pada diari.
"Sayang, saya takut awak curang. sebelum awak
curang. tolong lepaskan saya dahulu.
jangan buang masa saya cintakan awak"
"Jangan bazirkan airmata saya untuk awak
kalau awak dengan perempuan lain"
"Jangan bagi hati saya sakit lagi sebab awak
yang tak reti jaga saya. selalu abaikan saya"
"Jangan sampai aku matikan perasaan ini semula"
|